PROGRAM SOLIDARITI KEMANUSIAAN PELARIAN SYRIA DI TURKI

Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (PMFPP) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA akan mengadakan program solidariti kemanusiaan Syria di Turki pada 7 – 16 Ogos 2019. Matlamat kami adalah bagi membantu saudara sesama Islam kita terutamanya pelarian Syria di tapak pelarian di Izmir, Turki yang kini mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran di sana.

Oleh sedemikian, KAMI KOMITED dan BERHASRAT DENGAN PENUH PENGHARAPAN untuk ke sana bagi bersama-sama mengurangkan beban kehidupan mereka di samping mengadakan pertemuan intelektual bersama dengan pihak pengurusan Universiti tempatan di Istanbul.

Firman Allah SWT : “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberi kepadanya pahala yang besar” (An Nisaa : 114)

Seramai 12 orang pelajar FPP akan mengetuai program ini disertai oleh 15 pelajar drp fakulti lain antaranya FBK, FRIT, FSSG, FIK dan FKI. Mereka akan diiringi oleh pensyarah-pensyarah FPP dan Pegawai daripada Pejabat TNC HEPA iaitu: 
1.Dr. Noor Aina Amirah Mohd Noor
2.Dr Mutia Sobihah Abd Halim
3. Dr. Yusnita Yusof
4. En. Mazlan bin Mohammad

Sumbangan sebanyak RM106,819.28 telah berjaya dikumpul bagi menjayakan aktiviti2 seperti ibadah Qurban, Street Volunteerism, Street Dakwah, Waqf Kitchen serta Sunnah Sports dan lain2 lagi.

Semoga segala usaha dalam misi kemanusiaan ini diberkati dan dirahmati Allah serta diberi kemudahan dalam melaksanakannya. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *