PELAJAR UNISZA MENANG TEMPAT KEDUA DI SISWAPRENEUR MAKERTHON CHALLENGE

KUALA NERUS – Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Mahadi Ismail berjaya meraih tempat kedua dalam MOHE Siswapreneur Makerthon Challenge: Smart City, Smart Community di Global Entrepreneurship Community Summit Kuala Lumpur 2017.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media), Fakulti Informatik dan Komputeran itu berjaya membawa pulang wang tunai RM 3,000.00 beserta pingat gangsa dan sijil penyertaan.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Collage of Dublin, Ireland itu bertujuan untuk memupuk, menyalakan dan merangsang minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Selain itu, ia juga melalui pemikiran reka bentuk dalam mengendalikan projek dan merupakan modul yang menguji serta merangsang daya kreatif dan inovatif serta meningkatkan keyakinan diri.

Program yang berlangsung selama 4 hari itu disertai 110 orang peserta yang aktif dalam keusahawanan di IPT seluruh Malaysia.

Setiap kumpulan pelajar dari pelbagai Universiti, Politeknik, dan Kolej Komuniti diberi masalah sosial yang berbeza dan mereka harus membuat prototaip dan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *